Senyuman Anda Begitu Berharga

Label

Anak-anak (6) Atok Johor (2) Atok Wan (1) Ayam (1) Berani (1) Berenang (1) Birthday (3) Cerita Kanak-kanak (3) Faiz (3) Farah (3) Gambar (21) Hari Raya (3) Ibu (1) Info (3) Kasih Sayang (2) Kedah (1) Keluarga (6) Kenangan (1) Kesihatan (1) Kuala Lumpur (1) Kucing (1) Mama (1) Masa Kecil (2) Melaka (1) Muatira Kata (2) Onje (10) Pak Pandir (2) Pantun (5) Peribahasa (1) Puisi (1) Putrajaya (2) Ramadhan (1) Resipi (1) Rumah (5) Shopping (1) Smilebox (1) Teka-teki (1) Teladan haiwan (1) Umur (1) Vit C (2) Wayang (1) YouTube (1) Zaid (2)

Sabtu, 29 Mei 2010

Kisah Pak Pandir Membeli Lembu

Pada zaman dahulu kala, tinggal sepasang suami isteri di sebuah kampung. Nama isteri nya, Mak Andeh dan nama suami nya Pak Pandir....

Pada satu hari, Mak Andeh meminta tolong suami nya untuk membeli lembu. Suami nya bertanya pada isteri nya, " Bagaimana rupa lembu tu ye Andeh?" Isteri nya pu menjawap, "Rupa lembu itu senang aje. Ia bertanduk dan makan rumput."

Pak Pandir pun berjalan di keliling kampung mencari lembu. Sedang dia ber jalan, dia terlihat seorang hamba Allah sedang menyambit rumput dengan menggunakan sabit.



"Itu pun lembu yang diberitahu oleh Mak Andeh," fikir nya sendirian. Diapun menghampiri orang itu. "Saya hendak beli lembu di tangan saudara itu." Sambil Pak Pandir menunjuk sabit di tangan orang itu.

"Ini bukan lembu, ini sabit," beritahu orang itu. "Tidak, itulah lembu. Jualkan lah pada saya. Saya mahu membeli nya," kata Pak Pandir bersungguh-sungguh.

Kerana bersungguh-sungguh benar Pak Pandir mahu beli sabit itu, orang itupun beri. "Nah ini bayarannya," sambil Pak Pandir memberi semua DUIT yang di beri oleh Mak Andeh tadi.

"Tapi DUIT apa banyak sangat ni?" orang itu bertanya kebinggungan. Pak Pandir tidak menghirau apa-apa lagi. Dia terus mengikat sabit tersebut dengan tali dan di tarik pulang, seperti menarik lembu.

Setiba nya di halaman rumah, Pak Pandir pun memanggil isteri nya, "Mak Andeh, Ini lembu yang awak suruh beli." Mak Andeh yang belum melihat lagi, cuma mendengar suara Pak Pandir merasa sukacita. "Cepat dia dapat beli lembu. Sudah boleh diharap Pak Pandir aku ni," fikir Mak Andeh sendirian sambil menuju ke tingkap hendak melihat lembu yang di bawa pulang.

"Ha! Mana dia lembu yang awak katakan itu?" tanya Mak Andeh. "Ini! Aku beli beli dengan semua duit yang engkau beri itu," sambil Pak Pandir menunjukkan kepada sabit yang diikat dengan tali itu.

Mak Andeh menepuk-nepuk kepala .... "Habis duit simpanan Aku....," mengeluh Mak Andeh.



Demikian lah, salah satu episod kisah Pak Pandir yang kurang akal itu ......