Senyuman Anda Begitu Berharga

Label

Anak-anak (6) Atok Johor (2) Atok Wan (1) Ayam (1) Berani (1) Berenang (1) Birthday (3) Cerita Kanak-kanak (3) Faiz (3) Farah (3) Gambar (21) Hari Raya (3) Ibu (1) Info (3) Kasih Sayang (2) Kedah (1) Keluarga (6) Kenangan (1) Kesihatan (1) Kuala Lumpur (1) Kucing (1) Mama (1) Masa Kecil (2) Melaka (1) Muatira Kata (2) Onje (10) Pak Pandir (2) Pantun (5) Peribahasa (1) Puisi (1) Putrajaya (2) Ramadhan (1) Resipi (1) Rumah (5) Shopping (1) Smilebox (1) Teka-teki (1) Teladan haiwan (1) Umur (1) Vit C (2) Wayang (1) YouTube (1) Zaid (2)

Selasa, 21 Disember 2010

Mutiara Kata - Terbaik



"Jika doamu di makbulkan,
tanda Allah menyayangimu,"

"Jika doamu lambat dimakbulkan
tanda Allah ingin mengujimu,"

"Jika doamu tidak dimakbulkan
tanda Allah merancang yang terbaik untukmu..."





'manje : Manje akan tunggu, dan tunggu dan tunggu .........'

Jumaat, 10 Disember 2010

Mutiara Kata - Hadiah






Seorang teman pernah berpesan..


"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya..
Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

Isnin, 22 November 2010

BERANI



Berani adalah garis pemisah di antara,
...... Yang berjaya dengan yang gagal
...... Yang kaya dengan yang miskin
...... Yang mulia dengan yang hina
...... Yang tinggi kedudukan dengan yang rendah kedudukan

Tanpa keberanian
...... Seekor singa menjadi seperti seekor tikus
...... Seekor jerung menjadi seperti seekor ikan bilis
...... Seekor helang menjadi seperti seekor pipit
...... Seekor jantan menjadi seperti seekor betina

Tanpa keberanian
..... Akan terhapus cahaya sinar harapan
..... Ia membodohkan otak yang cerdik
..... Ia membutakan mata yang celik
..... Ia melemahkan semangat yang berkobar-kobar
"
" Orang yang berani bangkit dan berjuang
Menghadapi cabaran dan rintangan kerana ....,
...... Kehidupan ini adalah satu lautan cabaran
dan satu medan perjuangan "

Tetapi amat malang di dalam masyarakat kita
..... Yang makan gaji takut untuk meniaga -
takut pada risiko
.... Yang berniaga kecil takut untuk berniaga besar -
takut pada risiko
..... Yang berimpian takut melaksanakannya -
takut pada risiko
..... Yang melaksanakannya takut bersungguh-sungguh -
takut pada risiko

"manje : ANDA BERANI ?

Khamis, 2 September 2010

Vitamin C


Ciri-ciri :

Asid Askorbik (Vit C) penting dalam pembentukan kolagen dan bahan antara sel. Ia berperanan dalam :
  • Pembangunan Rawan, tulang dan gigi
  • Penukaran asid Folik ke asid folinik
  • Pemulihan tisu
Farmakologi :

Asid Askorbik (Vit C) adalah vitamin larut air. Ia sedia diserap oleh saluran gastraousus dan diedarkan secara meluas dalam tisu tubuh. Memandang ia adalah larut air, maka sebarang lebihan nya di singkirkan segera dalam air kencing .

Rabu, 21 Julai 2010

Peribahasa : Tupai



Sepandai - pandai tupai melompat,
Akhir nya jatuh ke tanah jua

Makna nya : 'Penjenayah yang merompak menyamun akhir nya kena tangkap polis juga'

Ahad, 11 Julai 2010

Pantun : Pulau



Pulau Pandan Jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur Badan Di kandung Tanah,
Budi yang baik di kenang juga.

Sabtu, 10 Julai 2010

Pantun : Jumpa Lagi




Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi ...

Jumaat, 9 Julai 2010

Pantun : Kucing

Dua tiga Kucing Berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Dua tiga boleh ku cari,
Mana nak sama cik abang seorang.

Isnin, 5 Julai 2010

Pantun : Buah cempedak



Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjuk kan...
'manje : Lapar nya ... rasa nak makan cempedak goreng ... yum yum'

Pantun : Buah Pisang

Buah Pisang di bawa belayar,

Masak sebijik di atas peti,


Hutang emas boleh di bayar,


Hutang budi ku bawa mati ...

Selasa, 8 Jun 2010

Pak Pandar Menjemput Pak Lebai

Pada suatu hari, Mak Andeh berkata pada Pak Pandir.

"Pak Pandir, kita endak buat kenduri doa selamat. Awak pergilah jemput Pak Lebai untuk baca doa." Bagaimana rupa Pak Lebai iti, aku tak kenal?"

" Senang aje. Pak Lebai itu berjanggut dan memakai ketayap." Pak Pandir pun pergilah.

Sampai di tengah jalan, dia melihat seekor kambing.

"Inilah agaknya Pak Lebai yang di katakan oleh Mak Andeh," fikir Pak Pandir.

"Pak Lebai, marilah ke rumah saya. Saya ada buat kenduri." Kambing itu mengembek. "m....m.....mmbbeeeekkkkkk..."
"Eh, nasi aku tidak lembek," jawap Pak Pandir. Lalu kambing itupun dibawa pulang. "Mak Andeh! Inilah Lebai yang engkau suruh aku carikan."

"Apa? Ini bukan Pak Lebai. Ini kambing! Tak boleh di haraplah awak ni!"

Begitu lah telatah Pak Pandir yang menyangka kambing itu Pak Lebai.

Sabtu, 29 Mei 2010

Kisah Pak Pandir Membeli Lembu

Pada zaman dahulu kala, tinggal sepasang suami isteri di sebuah kampung. Nama isteri nya, Mak Andeh dan nama suami nya Pak Pandir....

Pada satu hari, Mak Andeh meminta tolong suami nya untuk membeli lembu. Suami nya bertanya pada isteri nya, " Bagaimana rupa lembu tu ye Andeh?" Isteri nya pu menjawap, "Rupa lembu itu senang aje. Ia bertanduk dan makan rumput."

Pak Pandir pun berjalan di keliling kampung mencari lembu. Sedang dia ber jalan, dia terlihat seorang hamba Allah sedang menyambit rumput dengan menggunakan sabit.



"Itu pun lembu yang diberitahu oleh Mak Andeh," fikir nya sendirian. Diapun menghampiri orang itu. "Saya hendak beli lembu di tangan saudara itu." Sambil Pak Pandir menunjuk sabit di tangan orang itu.

"Ini bukan lembu, ini sabit," beritahu orang itu. "Tidak, itulah lembu. Jualkan lah pada saya. Saya mahu membeli nya," kata Pak Pandir bersungguh-sungguh.

Kerana bersungguh-sungguh benar Pak Pandir mahu beli sabit itu, orang itupun beri. "Nah ini bayarannya," sambil Pak Pandir memberi semua DUIT yang di beri oleh Mak Andeh tadi.

"Tapi DUIT apa banyak sangat ni?" orang itu bertanya kebinggungan. Pak Pandir tidak menghirau apa-apa lagi. Dia terus mengikat sabit tersebut dengan tali dan di tarik pulang, seperti menarik lembu.

Setiba nya di halaman rumah, Pak Pandir pun memanggil isteri nya, "Mak Andeh, Ini lembu yang awak suruh beli." Mak Andeh yang belum melihat lagi, cuma mendengar suara Pak Pandir merasa sukacita. "Cepat dia dapat beli lembu. Sudah boleh diharap Pak Pandir aku ni," fikir Mak Andeh sendirian sambil menuju ke tingkap hendak melihat lembu yang di bawa pulang.

"Ha! Mana dia lembu yang awak katakan itu?" tanya Mak Andeh. "Ini! Aku beli beli dengan semua duit yang engkau beri itu," sambil Pak Pandir menunjukkan kepada sabit yang diikat dengan tali itu.

Mak Andeh menepuk-nepuk kepala .... "Habis duit simpanan Aku....," mengeluh Mak Andeh.



Demikian lah, salah satu episod kisah Pak Pandir yang kurang akal itu ......